Mencari Maklumat Dalam WWW
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
- Teknik-teknik pengelasan maklumat
- Apakah direktori dan enjin pencari
- Teknik mencari maklumat dalam internet
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
Fasa 4 : Mengumpul dan Menilai Hasil Pencarian
Setelah maklumat yang dikehendaki diperoleh dan dinilai secara ringkas, maka sampailah masanya untuk menilai keseluruhan maklumat yang diterima dalam konteks mencapai keseluruhan objektif yang dikehendaki. Dalam pencarian yang mempunyai objektif yang ringkas, fasa ini lazimnya tidak perlu dilakukan. Penilaian boleh dibuat apabila maklumat dihasilkan oleh enjin pencari maklumat di akhir setiap pencarian. Bagaimanapun, dalam penyelidikan yang serius di mana objektifnya lebih kompleks, seperti menyediakan kertas polisi atau teks ucapan, penilaian yang teliti harus dibuat.
Dalam membuat penilaian, terdapat beberapa perkara yang harus diteliti untuk memastikan kesahihan dan kebenaran maklumat yang diterima sebelum ia boleh digunakan sebagai bahan penyelidikan. Antaranya adalah :
- Latar belakang organisasi yang mengendalikan lokasi
- Berapa lama lokasi sudah wujud
- Individu yang menulis artikel
- Latar belakang individu yang menulis artikel dalam Internet (cuba guanakan DejaNews)
Fasa 5 : Pengubahsuaian Strategi
Dalam pencarian yang kompleks, lazimnya pencari perlu melakukan pencarian semula bagi mengisi kekosongan yang terdapat dalam memenuhi skop maklumat yang dihendaki. Jika pencari telah membuat strategi awal yang agak komprehensif, maka kemungkinan besar ia tidak perlu mengubah strateginya dengan mendadak. Namun begitu, membuat perancangan awal yang terlalu rapi boleh memakan masa yang agak lama sedangkan maklumat yang hendak dicari mungkin tidak memerlukan satu strategi yang kompleks. Pengubahsuaian juga perlu dilakukan apabila maklumat yang dicari tidak dijumpai sama sekali atau apabila terdapat maklumat yang lebih relevan dijumpai. Secara amnya, pencari juga dinasihatkan supaya jangan takut untuk meneka atau mencuba sesuatu yang radikal jika semuanya tidak menghasilkan keputusan yang dikehendaki.
|