Mencari Maklumat Dalam WWW
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
- Teknik-teknik pengelasan maklumat
- Apakah direktori dan enjin pencari
- Teknik mencari maklumat dalam internet
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
4.1 Pengenalan
WWW adalah satu-satunya aplikasi Internet yang merangkumi pelbagai aplikasi Internet yang lain. Aplikasi seperti Gopher, FTP Tanpa Nama dan kumpulan berita USENET adalah di antara beberapa aplikasi Internet yang boleh dicapai melalui WWW. Oleh itu, pencarian dalam WWW sering membawa maksud yang sama dengan pencarian dalam Internet.
WWW merupakan suatu ruangan maklumat yang sangat besar. Di dalamnya terkandung pelbagai bentuk maklumat dan sumber yang boleh diperoleh jika diketahui lokasinya. Bagaimanapun, tapak ini hanya akan membincangkan tentang pencarian maklumat yang berbentuk teks. Mencari sesuatu yang dikehendaki dalam WWW tanpa mengetahui lokasinya adalah seperti mencari bahan dari perpustakaan tanpa menggunakan kad rujukan atau catalog perpustakaan. Perlu di ingat bahawa WWW dan Internet bukanlah direka dengan mengambil kira kemudahan pengambilan maklumat. Tidak ada badan yang menetapkan bagaimana maklumat harus dikumpul dan dikategorikan. Dengan itu, mencari maklumat di dalam Internet bukanlah satu perkara yang mudah, walaupun bagi pengguna yang berpengalaman.
Untuk memudahkan pencarian maklumat di dalam Internet, pengguna perlu faham bagaimana maklumat ini disimpan dan dikelaskan oleh aplikasi pencari maklumat. Terdapat empat aplikasi utama yang boleh digunakan untuk membantu mencari maklumat di dalam Internet secara sistematik, iaitu Archie, Veronica dan Jughead, WAIS dan enjin pencari maklumat WWW. Perbandingannya dari segi ruangan pencarian adalah seperti jadual di sebelah.
Perbandingan menunjukkan bahawa enjin pencari maklumat WWW adalah yang terbaik kerana skop pencariannya sangat luas. Ini menjadikannya sangat popular. Perkhidmatan mencari maklumat yang boleh diperoleh melalui WWW, seperti direktori Internet dan enjin pencari maklumat popular kerana cirri-ciri berikut:
- Mempunyai antaramuka pengguna yang selesa dan mudah diguna
- Proses mencari maklumat secara keseluruhan amat mudah
- Boleh mencari maklumat di dalam keseluruhan Internet
- Mempunyai berbagai kaedah pengelasan dan pengambilan maklumat yang unik dan tersendiri
| <<Kembali | Muka Surat 66 |