Menu:

Whats new ?

 
NOTA:

FALSAFAH INTERNET:
Komunikasi serta perkongsian ilmu dan maklumat adalah matlamat utama penggunaan Internet.

BACAAN LANJUTAN :

arrow www.globalcenter.net
arrow www.matisse.net
arrow www.sjr.com

 
Muka Surat 8

ill titlePengenalan

◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
• Falsafah, semangat, budaya dan etika Internet
• Apakah yang dikatakan Internet
• Ciri-ciri utama Internet
• Lebuh raya maklumat ◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦

1.3 Ciri-ciri Utama Internet

Rangkaian Global

Internet adalah sebuah rangkaian yang mempunyai capaian global yang tidak mengenali sempadan Negara. Ia mempunyai saiz, bilangan computer dan pengguna yang sangat besar. Kini hampir seluruh Negara di dunia mempunyai sambungan Internet.

Rangkaian Digital

Internet merupakan sebuah rangkaian digital yang mempunyai banyak kelebihan. Maklumat yang hendak disampaikan boleh dibina, diubah dan ditambah dalam masa yang singkat dengan kos yang minima. Kos dan logistic untuk menyebarkan maklumat juga sangat minima, manakala maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio dan video boleh digabungkan bagi menghasilkan aplikasi multimedia yang menarik.

Rangkaian yang Beroperasi Serta Merta

Kesemua aplikasi Internet berfungsi secara serta merta dalam masa nyata. Apabila seorang pengguna menghantar utusan kepada pengguna lain, maka utusannya akan dihantar terus kepada penerima serta merta, kecuali jika berlaku masalah teknikal seperti kerosakan rangkaian. Ini membolehkan Internet digunakan untuk menjalankan aktiviti yang berbentuk interaktif atau yang memerlukan penghantaran data dengan serta merta. Sebagai sebuah rangkaian yang beroperasi secara serta merta, Internet boleh digunakan bagi menyokong aplikasi yang berbentuk on-line yang semakin banyak diperlukan masa kini.

Rangkaian yang Beroperasi Setiap Masa

Internet merupakan sebuah rangkaian yang beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Ini membolehkan ia digunakan setiap masa mengikut kesesuaian pengguna, tidak kita dimana dia berada. Sebuah organisasi yang beroperasi di beberapa lokasi berasingan seperti di Eropah, Asia dan Amerika boleh beroperasi 24 jam sehari dengan bantuan Internet yang tidak pernah ‘tidur’. Melalui Intenet, sesuatu tugasan boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa henti.

<<Kembali
Muka Surat 8