Menu:

Whats new ?

 
NOTA:

FALSAFAH INTERNET:
Komunikasi serta perkongsian ilmu dan maklumat adalah matlamat utama penggunaan Internet.

Links:

arrow Link 1
arrow Link 2
arrow Link 3

Dezign
(4 Janv, 2007)
Validate XHTML 1.0 Strict
and Css

 
Muka Surat 2

ill titlePengenalan

◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
• Falsafah, semangat, budaya dan etika Internet
• Apakah yang dikatakan Internet
• Ciri-ciri utama Internet
• Lebuh raya maklumat ◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦

1.1 Falsafah dan Semangat Internet

Rangkaian Internet yang ada pada hari ini mula dibina pada akhir tahun 1969 oleh sebuah agensi penyelidikan, iaitu Advance Research Project Agency (ARPA). Rangkaian Internet ini dinamakan ARPANET.  Walaupun ARPA merupakan sebuah agensi di bawah naungan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, penubuhan ARPANET sebenarnya tidak ada kaitan dengan usaha untuk mewujudkan sebuah rangkaian komunikasi tahan lasak yang boleh berfungsi dengan baik dalam suasana perang nuclear yang amat dasyat.  Ia didirikan oleh sekumpulan ahli penyelidik dan akademik yang ingin menjadikan rangkaian computer sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk berkongsi maklumat.

Penglibatan penyelidik dan ahli akademik ini secara langsung telah banyak mempengaruhi falsafah dan semangat Internet.  Bukan sahaja dalam aspek pembinaan Internet  tetapi juga dalam aspek penggunaan dan kegunaan Internet itu sendiri.  Internet meletak ilmu dan maklumat di satu tahap yang tinggi.  Ia memupuk semangat kerjasama dua hala di mana setiap yang terlibat menjadi penyumbang kepada kandungan ilmu dan maklumat, bukan hanya sebagai pengguna.  Itulah falsafah dan semangat yang telah ditetap ke dalam Internet.  Berdasarkan falsafah dan semangat inilah maka kita dapati bahawa kebanyakkan aplikasi Internet yang  telah dibina dan digunakan sehingga hari ini merupa aplikasi yang membilehkan Internet digunakan sebagai alat berkomunikasi dan alat perkongsian maklumat.  Sikap ahli akademik yang terbuka dalam berkongsi serta menyampaikan ilmu dan maklumat pula telah menjadikan Internet satu medan yang bebas digunakan oleh  sesiapa saja yang hendak mempelajari atau menyampaikan sesuatu maklumat.  Kebebasan ini juga mendedahkan Internet kepada unsure-unsur negative.

 

<<Kembali
Muka Surat 2