Mel Elektronik (e-mail)
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
-
Netika Menggunakan e-mail
Berikut adalah beberapa etika yang kebanyakkan adalah peraturan lazim yang harus dipatuhi apabila menggunakan e-mail:-
-
Elakkan menulis e-mail dengan menggunakan TULISAN BESAR
Ini dianggap seperti menjerit. Sebenarnya tulisan besar sukar dibezakan berbanding dengan tulisan kecil. Pembacaan boleh menjadi lambat dan merumitkan.
-
Kepilkan fail yang besar apabila diminta atau dipersetujui.
Penerimaan e-mail yang dikepil bersama fail yang besar boleh memakan masa yang sangat panjang terutama apabila penerima menggunakan modem. Dengan itu, ada baiknya jika persetujuan penerima diminta terlebih dahulu. Setiap peti surat mempunyai hadnya yang tertentu. Jika fail yang dihantar terlalu besar dan melebihi had peti surat pengguna maka ini boleh mendatangkan masalah kepada penerima
-
Elakkan menghantar e-mail yang becorak iklan atau pengumuman
Juga dipanggil junk mail, penghantaran e-mail yang sedemikian secara rambang perlu dielakkan melainkan ia dipersetujui.
-
Elakkan menghantar sesuatu yang remeh temeh
Perkara yang remeh boleh membuang masa penerima yang menerima ratusan e-mail setiap hari. Sebagai contoh, pengurus rangkaian anda kemungkinan besar menerima ratusan aduan melalui e-mail. Ada baiknya jika anda membuat sedikit penyiasatan sendiri sebelum membuat laporan dan sebagainya.
Netika penggunaan e-mail ini tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh temeh. Setiap pengguna e-mail mempunyai tanggungjawab yang sangat besat untuk memastikan penggunaan e-mail tidak boleh menyalahi undang-undang menyusahkan orang lain dan sebagainya. Jadilah seorang pengguna e-mail yang bertanggungjawab. Anda boleh melangkah ke Tapak 16 untuk mempelajari bagaimana menggunakan sebuah perisian e-mail yang dikenali sebagai Outlook Express.
| <<Kembali | Muka Surat 115 |