Mel Elektronik (e-mail)
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
Di penghujung bab ini, anda akan mengetahui tentang:
◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
Komunikasi merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian, internet, khususnya mel elektronik (e-mail), adalah alat komunikasi global yang mempunyai banyak keistimewaannya. Jika digunakan dalam keadaan yang sesuai ia boleh membantu individu dan organisasi melaksanakan aktivitinya dengan berkesan. Walaupun menggunakan e-mail amat mudah, menjadikannya sebagai alat komunikasi yang berkesan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh-temeh. Bagi mereka yang banyak menggunakan e-mail untuk berkomunikasi semasa menjalankan tugas rasmi atau untuk bersosial, banyak yang boleh dipelajari daripada kesilapan yang telah dibuat untuk menjadi seorang pengguna e-mail yang cekap. Bagi pembaca yang jarang menggunakan e-mail untuk berkomunikasi, adalah menjadi matlamat tapak ini untuk membekalkan mereka dengan beberapa teknik, pesanan dan saranan bagi membolehkan mereka menggunakan e-mail dengan berkesan. Selain daripada itu, tapak ini juga akan memberikan pendedahan tentang asas e-mail, bagaimana e-mail berfungsi, teknik dan panduan berkomunikasi dengan e-mail serta bgaimana menggunakan perisian e-mail.
| <<Kembali | Muka Surat 97 |