Penulis : Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

Dr. Ahmad Zaharim Abdul Aziz merupakan bekas seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat ijazah B.Sc(Hons) daripada University of Quensland pada tahun 1986 sebelum berkhidmat dengan UKM pada tahun 1987. Penglibatan beliau dengan Internet bermula semasa beliau menjalankan Penyelidikan Ph.D dalam bidang Computer Vision and Image Processing di University of Nottingham pada tahun 1988. Kini beliau bukan sahaja seorang pengguna Internet yang aktif tetapi juga terlibat dalam pengendalian kursus dan program-program latihan Internet, serta pelbagai aktiviti lain yang berkaitan Internet dan pengajaran.

Kategori Blog

Album Flickr

Bearbrick on Canon12458

05 - Mel Elektronik (e-mail)

Komunikasi merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian, internet, khususnya mel elektronik (e-mail), adalah alat komunikasi global yang mempunyai banyak keistimewaannya. Jika digunakan dalam keadaan yang sesuai ia boleh membantu individu dan organisasi melaksanakan aktivitinya dengan berkesan. Walaupun menggunakan e-mail amat mudah, menjadikannya sebagai alat komunikasi yang berkesan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh-temeh.

email

Bagi mereka yang banyak menggunakan e-mail untuk berkomunikasi semasa menjalankan tugas rasmi atau untuk bersosial, banyak yang boleh dipelajari daripada kesilapan yang telah dibuat untuk menjadi seorang pengguna e-mail yang cekap. Bagi pembaca yang jarang menggunakan e-mail untuk berkomunikasi, adalah menjadi matlamat tapak ini untuk membekalkan mereka dengan beberapa teknik, pesanan dan saranan bagi membolehkan mereka menggunakan e-mail dengan berkesan. Selain daripada itu, tapak ini juga akan memberikan pendedahan tentang asas e-mail, bagaimana e-mail berfungsi, teknik dan panduan berkomunikasi dengan e-mail serta bgaimana menggunakan perisian e-mail.