Penulis : Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

Dr. Ahmad Zaharim Abdul Aziz merupakan bekas seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat ijazah B.Sc(Hons) daripada University of Quensland pada tahun 1986 sebelum berkhidmat dengan UKM pada tahun 1987. Penglibatan beliau dengan Internet bermula semasa beliau menjalankan Penyelidikan Ph.D dalam bidang Computer Vision and Image Processing di University of Nottingham pada tahun 1988. Kini beliau bukan sahaja seorang pengguna Internet yang aktif tetapi juga terlibat dalam pengendalian kursus dan program-program latihan Internet, serta pelbagai aktiviti lain yang berkaitan Internet dan pengajaran.

Kategori Blog

Album Flickr

Bearbrick on Canon12458

03 - Bagaimana Internet berfungsi

Bagaimana Internet berfungsi

Membina sebuah rangkaian yang besar bukanlah satu tugas yang mudah. Namun begitu, Internet yang direka berasaskan konsep komunikasi tahun 60-an dan dibina menggunakan protokol dan teknologi tahun 70-an telah berjaya menyambungkan berjuta-juta komputer dari beribu-ribu rangkaian di dunia tanpa sebarang masalah yang besar.

Dalam Tapak 2, pembaca sudah mengetahui konsep-konsep yang digunakan untuk membina rangkaian Internet dan protokolnya. Dalam tapak ini, pembaca akan didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana Internet itu beroperasi supaya pengetahuan mengenainya dapat membantu penggunaan Internet dengan lebih berkesan. Semoga pembaca juga dapat melihat bahawa sesuatu yang canggih seperti Internet boleh dibina dengan menggunakan konsep-konsep logikal yang mudah.