Penulis : Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

Dr. Ahmad Zaharim Abdul Aziz merupakan bekas seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat ijazah B.Sc(Hons) daripada University of Quensland pada tahun 1986 sebelum berkhidmat dengan UKM pada tahun 1987. Penglibatan beliau dengan Internet bermula semasa beliau menjalankan Penyelidikan Ph.D dalam bidang Computer Vision and Image Processing di University of Nottingham pada tahun 1988. Kini beliau bukan sahaja seorang pengguna Internet yang aktif tetapi juga terlibat dalam pengendalian kursus dan program-program latihan Internet, serta pelbagai aktiviti lain yang berkaitan Internet dan pengajaran.

Kategori Blog

Album Flickr

Bearbrick on Canon12458

Penghargaan

PENGHARGAAN (EDISI BUKU)
Pengahargaan yang tidak terhingga kepada Ketua Pengarang, Roshin Juara, yang telah banyak memberikan idea dan pandangan bagi menghasilkan sebuah penulisan yang lebih menarik dan mudah diikuti. Juga kepada kakitangan Pustaka Cipta Sdn Bhd yang telah sama-sama berusaha untuk menghasilkan satu persembahan yang terbaik, kepada UKM yang banyak memberikan kemudahan komputer dan Internet, kepada Dr. Mohamed Awang Lah yang telah meluangkan masa beliau yang amat terhad untuk bercerita tentang pengalaman beliau menubuhkan Jaring dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Internet di Malaysia. Akhir sekali kepada isteri saya Adillah Ahmad Nordin yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan di sepanjang penulisan buku ini.

PENGHARGAAN (EDISI BLOG)
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ikram Hakimi yang telah berusaha untuk menyediakan blog ini supaya ia boleh memuatkan kandungan asal buku Menguasai Internet dalam bentuk halaman web, dan dalam masa yang sama boleh berfungsi sebagai blog. Terima kasih juga kepada Zulhelmi dan Hakim yang telah membantu saya dan Ikram membina grafik-grafik baru dan memasukkan kesemua bab-bab yang terbabit ke dalam blog ini. Sesungguhnya tenaga yang telah mereka gembelingkan dan kegigihan yang telah mereka tunjukkan lahir di atas kesedaran untuk sama-sama menyumbang kepada pembangun kandungan di dalam Internet, terutama kandungan di dalam bahasa Melayu yang sememangnya amat kurang.

Dr. Ahmad Zaharim