Penulis : Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

Dr. Ahmad Zaharim Abdul Aziz merupakan bekas seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat ijazah B.Sc(Hons) daripada University of Quensland pada tahun 1986 sebelum berkhidmat dengan UKM pada tahun 1987. Penglibatan beliau dengan Internet bermula semasa beliau menjalankan Penyelidikan Ph.D dalam bidang Computer Vision and Image Processing di University of Nottingham pada tahun 1988. Kini beliau bukan sahaja seorang pengguna Internet yang aktif tetapi juga terlibat dalam pengendalian kursus dan program-program latihan Internet, serta pelbagai aktiviti lain yang berkaitan Internet dan pengajaran.

Kategori Blog

Album Flickr

Bearbrick on Canon12458

Blog Menguasai Internet ini telah diolah supaya ciri-ciri halaman web boleh digunakan untuk memuatkan kandungan buku Menguasai Internet yang telah saya karang hampir sepuluh tahun yang lepas dapat diserapkan ke dalam blog ini.

Untuk permulaan, artikel-artikel blog ini akan ditulis mengikut empat tema utama, ia itu:

  1. Mendalami Internet: Mengupas sejarah Internet, aspek-aspek teknikal tentang Internet dan penggunaan aplikasi-aplikasi Internet.
  2. Internet dan Anda: Bagaimana dunia memanfaatkan Internet di dalam kehidupan harian mereka dan bagaimana anda juga boleh melakukannya
  3. Dari Dunia Blog: Kisah-kisah menarik dari halaman-halaman blog yang terdapat di Internet
  4. Gedung Ilmu: Artikel berbentuk ilmiah tent ang tajuk-tajuk yang menarik dan relevan dalam konteks semasa

Di samping memuatkan artikel-artikel mengikut tema-tema di atas, saya juga akan berusaha untuk mengemaskini kandungan buku yang dimuatkan di dalam blog ini supaya ia terus relevan di dalam konteks penggunaannya yang sentiasa berubah akibat pembangunan teknologi yang begitu pantas.

Segala komen dan cadangan boleh disampaikan

kepada saya dengan membuat makluman di dalam ruang komen yang terdapat di dalam blog ini, atau dengan menghantar email kepada saya melalui zaharim@danaudigital.com. Selamat datang ke blog Menguasai Internet!

Sekian,

Dr. Ahmad Zaharim Abdul Aziz

frontcover